MEI 2022

Kerajaan Swak Akan Ambil Alih Projek Perumahan Sentoria


KUCHING, Khamis: Kerajaan Sarawak akan mengambil alih projek Rumah Sentoria, Borneo Samariang Garden (BSG) bagi mengatasi masalah yang dihadapi para pembeli. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari menegaskan, beliau mengambil maklum berkenaan isu tersebut dan telah memberi amaran kepada syarikat pemaju projek perumahan tersebut.

Bagaimanapun katanya, proses mengambil alih hanya boleh dilakukan setelah semua isu berkaitan diselesaikan termasuk dari segi perundangan.

“Kita hanya dapat mengambil alih projek itu apabila segala masalah serta kes perundangan syarikat pengusaha tersebut telah diselesaikan.

“Ini adalah kerana mereka merupakan sebuah syarikat tersenarai,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri N.26 Gedong di Hotel Raia di sini pada Khamis. 

Untuk rekod, pembinaan perumahan itu sepatutnya tamat pada tahun 2019, tetapi sehingga kini, ia masih belum disiapkan walaupun para pembeli telah mula membayar pinjaman. -Edisi UKAS

Sumber dari : Sarawakku